Makhluk Penghuni Bumi Sebelum Manusia

PERLU DICATAT : BAHWA MAKHLUK PRA-SEJARAH ATAU YANG SERING DISEBUT MANUSIA PURBA BUKANLAH NENEK MOYANG MANUSIA ZAMAN SEKARANG! ...

Selasa, 02 Oktober 2012

Benarkah Cintamu Karena ALLAH..

Jika  mencintaiku kerana Allah, tak perlu risau andai kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah.

Jika kau mencintaiku kerana Allah, Yakinlah!
Jika aku memang di takdirkan Allah menjadi bidadariku, kita pasti akan bersatu.
Jangan menodai kesucian cinta hanya karena nafsu semata.

aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa malu mendekatimu, apa kau tidak merasa takut terjerat padaku...?

aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa malu dengan nafsu menggodamu, apa kau tidak merasa risau pada nafsuku...?

aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa segan merayumu, apakah kau terbuai oleh bujuk dan rayuku...?

aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tidak boleh menjaga izzah ketika berdekatan denganmu, apakah tidak boleh menolakku dengan perisai malumu?

aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa berasa berdosa berani menyentuhmu, apakah kau tidak takut Allah murka padamu, masihkah kau percaya pada ucapanku?
Tak curigakah kau padaku? Tak inginkah kau menjauhiku? Atau kerana kau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu sehingga kau tak mampu menolakku walaupun kau tahu semua ucapanku:
"Mencintaimu Kerana Allah"
adalah palsu.

Ketahuilah Hawa..
aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan berani menyentuhmu,
bahkan hatimu sekalipun aku malu pada Allah jika bayanganku mengacaukan kekhusyukan ibadahmu.

Aku seorang lelaki sejati  mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan pernah berani merayumu, menggodamu, bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu
Kerana kau belumlah halal bagiku.

Aku malu jika harus membuatmu lebih banyak mengingatku dari pada mengingat-Nya.
Aku malu jika harus menjadi seseorang yang membuat-Nya cemburu padamu kerana kau rela melanggar larangan-larangan-Nya kerana cintamu padaku.

aku seorang lelaki  yang mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan risau tidak dapat memilikimu
kerana tidak mengungkapkan cintaku padamu sekarang walau saat ini aku begitu mengagumimu dan menginginkanmu menjadi bidadariku.

aku yakin jika engkau memang ditakdirkan untukku, engkau pasti akan menjadi milikku
walau aku tidak mengikatmu.

Bukankah jika Allah tidak men taqdirkan kita bersama di ikatpun pasti akan terlepas juga akhirnya?
Jadi untuk apa aku risau?

Hawa.. Sadarlah...
aku seorang lelaki yang benar-benar mencintaimu kerana Allah,aku hanya akan berani merayumu, menggodamu, dan menyentuhmu setelah engkau halal bagiku.


Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan dekati aku
Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan menggodaku
Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan merayuku
Jika kau mencintaiku kerana Allah jaga izzahmu denganku
Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan menyentuhku
Jika Mencintaiku kerana Allah jagalah hatimu dan hatiku agar tetap Mencintai-Nya.

Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan menjadikan aku kekasihmu
Jika kau mencintaiku kerana Allah pilihlah jalan yang Allah redhai untuk mendapatkan hatiku
Jika kau mencintaiku kerana Allah, menjauhlah jika kau tahu aku belum siap menerima pinanganmu.
Jika kau mencintaiku kerana Allah, bersabarlah mengungkapkannya di saat yang tepat.
Bersabarlah...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Saran boleh Kita Tautkan disini Sahabat

Translate Language

Total Tayangan Halaman