(artikel ini ditulis bukan bermaksud untuk memperkecilkan dan menyalahkan golongan kaum hawa semata-mata.)
Sebaliknya supaya kaum Adam memainkan peranannya dengan haq berdasarkan Al-Quran dan Sunnah serta kewaspadaan akan tanggungjawab yang dipikul semasa Hidup di Dunia.
Adapun diantaranya adalah sebagai berikut :
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar Ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan sholat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya sendiri.
2. Suaminya
Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas , memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti sholat tidak pernah ditinggalkan , puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya saja dan adik perempuannya dibiar melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan Kaum Hawa bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT :
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang waktu atau tidak mengindahkan janji dan peluang yang ALLAH SWT berikan pada kita.
Wallahua’lam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Saran boleh Kita Tautkan disini Sahabat